Daerah Zhongning Negeri Ningxia di negara China, mengeluarkan Goji yang berkualiti terbaik ( juga dikenali sebagai Chinese wolfberri) di dunia. Daerah ini di kenali sebagai desa yang panjang usia di mana ramai penduduknya hidup lama dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. 90% daripada populasi penduduk Ningxia beragama Islam dan mengamalkan Goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Mereka juga percaya buah Goji membantu mereka hidup lama dengan kehidupan yang aktif.
Legenda Kerajaan Ningxia
Lebih kurang 3000 tahun dahulu, ketika Raja Negara Ningxia pergi berburu di Bukit He Lan, Baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut. Baginda berasa hairan dan bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi?
Wanita itu menjawab: "Saya sedang memukul cucu saya!". Baginda amat terkejut dan bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda. Wanita itu menjawab:
"Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. Ketika musim panas, saya makan buah Goji dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji dan membuat pes. Inilah rahsia saya".
Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat Baginda agar mengamalkan Goji. Semenjak hari itu, mengamalkan Goji untuk hidup panjang usia telah menjadi sebagai satu tradisi penduduk di kawasan itu.
Ningxia: Ibu Negara Goji?
Ningxia mempunyai tanah beralkali yang luar biasa (pH 8.2 – 8.6) dan suhu melampau yang berjulat dari 102 F – 16 F ( 38 darjah C hingga -27 darjah C ). Ini mungkin merupakan keadaan yang tidak sesuai untuk anda tetapi ia bagaikan syurga bagi pokok goji, bagi memastikan mutu yang terbaik.
Berry goji Ningxia merupakan suatu kenikmatan. Buahnya besar dan berisi dengan warna merah gelap, biji yang sedikit, rasa yang manis serta tekstur yang berair.
Masyarakat Ningxia begitu menggilai berry goji yang tumbuh secara liar di lereng-lereng bukit. Berry goji juga telah ditanam secara berbaris sejak lebih 500 tahun.
Fakta Pemakanan buah Goji Ningxia
Goji Ningxia mengandungi:
- 19 asid amino termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup
- 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang-jarang ditemui dalam makanan
- 16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen)
- Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid , termasuk Beta-Karoten ( sumber yang lebih baik meskipun karot)
- Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan. Buah Goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada
- Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)
- Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga
- Vitamin E , jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih
- Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan masalah zakar yang membesar.
- Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf
- Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik.
- Solavetivone , sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat
- Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.
- Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.
- Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu ( essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi intersellular. Hakikatnya, GOJI mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui!
Sumber Rujukan :
1. Dr. Earl Mindell. "Goji Rahsia Kesihatan Himalaya". Momentum Media Health Series 22 – 23.
2. Buku Goji. " Buah Kuno yang berharga. Menjadi keajaiban masa kini". Health Builders Sdn Bhd



azira
Asm,
Kesan sampingan viagra dilihat sama juga dgn simtom goji guarana – muntah,sakit kepala dan belakang tengkok, berdebar dll. Juga kesan hanya makan sepeket goji sj cukup memberangsangkan alat kelamain!! Perlu berhati2 kalau viagra dicampur bersama2. Tunggu keputusan makmal..
SBurhan8AMN@gmail.com
sila rujuk http://www.goji-guarana-sburhan8amn.com utk Komplikasi Sementara Pengambilan GOJI serta keputsan terbaru makmal yg dihantar sendiri oleh pengguna bertarikh 17 April 2009. Semoga ianya dapat menjawab persoalan tn/pn
Thanks
Burhanuddin Saidin
016-6596011